Hari Rabu lepas bersamaan 7hb March, 2007, sengaja saya peruntukan waktu berada depan TV1 Jam 8.45 malam, khas untuk menonton Rancangan Santai-Hiburan Minggu Ini, Sudir -Dari Sebuah Bilik. Saya pernah menonton rancangan ini lama dulu, waktu itu saya masih kecil lagi. Seronok tonton aksi Allahyarham, Lagu-lagu dendangan Allahyarham masih segar dan mempunyai mesej tersendiri. Ditambah pula dengan pelbagai lawak spontan, gaya fizikal dan bahasa serta aksi dari Allahyarham dan 2 penari pengiring kalau tak salah seorag bekas isteri Zainal Abidin (Hijau)Natasha Gabriel dan Iyvonne. Terasa seperti Allahyarham dekat dengan kita.Persembahannya begitu santai dan amat menghiburkan. Tak terasa masa begitu cepat berlalu sepanjang 45 minit.Ternyata Allahyarham tidak lupa asal usul dan begitu bangga menjadi Anak Malaysia lewat lagunya Anak Dagang dan Tanah Pusaka.
Allahyarham memang seorang yang gigih bila bekerja. Setiap apa yang dilakukan pasti dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Chow Kit dibanjiri manusia lewat persembahan beliau satu ketika dahulu.Walau apapun rumours yang kita dengar lewat masa sakit dan ketika akhir hayatnya, biarlah ianya berlalu. Jangan kita hukum orang yang telah tiada dengan membongkar kembali memori mengenai cerita-cerita sensasi yang kita tidak tahu benar atau salahnya. Tapi saya agak terkilan kerana permintaan Allahyarham utk bertemu dengan bekas isteri sebelum akhir hayatnya tidak kesampaian. Mungkin itu lebih baik untuk Allahyarham dan insan yang satu lagi.
Pasti saya akan tercatuk dan terpaku depan TV1 untuk menyaksikan persembahan Allahyarham sepanjang 3 Minggu berikutnya.
AL-FATIHAH buat Allahyarham SUDIR.
Thursday, March 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment