Jump to: navigation, search
Sudirman Hj Arshad. Gambar oleh: Perpustakaan Negara Malaysia
Kakak Allahyarham terharu Kementerian Penerangan buat tahlil besar-besaran untuk penghibur negara
TEMPAT jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Pepatah itu tepat menggambarkan kesetiaan penghibur negara Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang tidak pernah berbelah bagi kepada stesen RTM.
Seperti ditegaskan kakak Allahyarham, Datin Rodziah Arshad, Sudirman yang juga Juara Bintang RTM 1976 itu menganggap dirinya adalah produk kelahiran RTM.
“Itulah antara perkara yang Allahyarham sempat memberitahu saya ketika hayatnya dulu.
“Malah, setiap kali Allahyarham buat persembahan untuk RTM, dia sanggup berhabis bagi memastikan hasilnya adalah yang terbaik. Allahyarham buat semua itu bukan untuk kejar wang ataun glamor tapi cintanya yang begitu mendalam pada bidang seni,” katanya ketika ditemui sempena majlis tahlil Sudirman di Surau Muhammadi Angkasapuri, baru-baru ini.
Hadir sama, Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abd Rahman Hamid.
Tidak ketinggalan, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Jins Shamsudin, pengarah filem dan drama Mior Hashim Manap, Seniman Aziz Sattar, Pengarah Urusan Nizarman (M) Sdn Bhd, Rohani Abdul Rahman dan anaknya juga pelakon Syaniza Hisham.
Rodziah berkata, dia sekeluarga terharu bila diundang RTM untuk menjayakan majlis tahlil untuk Allahyarham pada malam itu. “Selepas Trek Selebriti (Astro) buat segmen khas untuk Allahyarham, ini kali pertama Kementerian Penerangan buat tahlil secara besar-besaran khusus buatnya,” katanya.
Mengenai konsert Dari Suara Hati Sudirman yang berlangsung jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 April nanti, Rodziah berkata, lebih 100 anggota keluarga dari Johor Bahru dan Pahang bakal hadir untuk memberikan sokongan.
“Selepas RTM siar dua program terbaik yang pernah dihoskan Allahyarham menerusi slot Sepanjang Jalan Kenangan...Penghibur Legenda iaitu Puspawarna (7 Mac), Mekar Sejambak Sudirman dan Atai pada 14 Mac lalu, peminat Allahyarham menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya mengenai perasaan mereka yang gembira berbaur sedih.
“Mereka juga berasa Allahyarham seolah-olah masih hidup bila menonton rancangan berkenaan,” katanya.
Dua lagi program yang dihoskan Sudirman yang belum disiarkan ialah Istimewa Bersama Sudirman 1987 (21 Mac) dan Istimewa Bersama Sudirman 1988 pada 28 Mac nanti.
Atai yang turut hadir pada majlis tahlil pada malam itu juga terharu kerana majlis khusus buat bapa saudaranya itu dimeriahkan dengan kehadiran seniman seperti Aziz Sattar dan Datuk Jins Shamsudin.
“Saya sekeluarga juga menganggap majlis tahlil yang julung kalinya dianjurkan Kementerian Penerangan ini satu penghormatan buat Allahyarham dan kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua artis dan peminat Allahyarham yang sudi datang pada malam itu,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Zainuddin berkata, selain Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sudirman adalah penghibur yang dianggap bertaraf legenda atau `Seniman Sepanjang Zaman’.
“Misi Sudirman sebagai anak seni juga jelas kerana Allahyarham menaikkan semangat nasionalisme, sekali gus mengajak kita menghayati jati diri,” katanya.
“Buat masa ini, kementerian sedang memikirkan beberapa nama besar yang sudah meninggal dunia dan masih hidup yang belum dapat pengiktirafan sewajarnya lagi seperti penyair veteran yang juga Tokoh Sastera Kedah, Afrini Adham yang menjulang dengan sajaknya, Malaya Pasti Merdeka,” katanya.
Noriah pula berkata, pihaknya juga yakin slot Sepanjang Jalan Kenangan...Penghibur Legenda Sudirman mendapat sambutan penonton saluran RTM.
“Tapi saya tidak pasti berapa rating slot berkenaan setakat ini .
“Sebenarnya, jika anda sedar atau tidak, pihak RTM menerusi tiga stesen radionya,
Muzik fm, KLfm dan Klasik Nasional menyiarkan instrumental lagu P Ramlee Tolong Kami Bantu Kami (mengenai penghayatan keagamaan), sebelum azan berkumandang membabitkan solat lima waktu setiap hari,” katanya.
Mengenai majlis tahlil Sudirman, Noriah berkata, ia julung kalinya dianjurkan Kementerian Penerangan bagi mengingati pemergian penghibur negara itu
“Insya-Allah, ia bakal menjadi acara tahunan bagi mengingati pemergiannya pada setiap tahun,” katanya.
Monday, March 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment