Ingat lagi tak tentang coretan ummi dulu. Mengenai anakanda kesayanganku. Peristiwa keceluparan bahasa ummi masih bebekas dihatinya. Lewat tanggal 21 January, 2007 yang lalu sedang ummi melayan Hariz menonton "Gosok" dan VCD karaoke lagu-lagu My Heart (Lagu Pencinta Wanita) kegemarannya tiba-tiba terpacul dari mulutnya, "Hari tu ummi marah harizkan, ummi cakap hariz nakal..". Ya Allah peristiwa tu dah lama berlalu tapi anakandaku masih mengingatinya lagi. Dan hari Rabunya pula tatkala Hariz tidur dengan mamanya, dia sekali lagi mengulangi kata-kata itu kepada mamanya. Ya, Allah, tentu luka di hati Hariz amat dalam sampai belum sembuh lagi dan kata-kata kasarku masih belum terpadam diingatannya hingga saat ini. Apa patut ummi lakukan untuk memenangi hatinya sekaligus memadam ingatan terhadap bahasa kasar yg pernah ummi lontarkan dahulu.
Hariz maaf, maaf, maafkan ummi sayangku......
Ummi pernah mengikuti kursus psikologi kanak-kanak. Bolehlah dikatakan ummi memang mudah mengambil hati kanak-kanak berbanding hati orang tua. Sebab kanak-kanak ibarat kain putih, suci, bersih dan mudah dibentuk dan dicorakkan. Ummi faham psikologi mereka. Tahu macam mana nak mempertingkatkan kecenderungan mereka utk belajar dan menyuntik sikap yakin diri dan berani. Sehingga anak buah ummi Nurul Shafiqa yg penakut boleh perform story telling dihadapan orang kenamaan dan khalayak yang ramai dengan yakin dan dpt tempat pertama banyak kali. Beliau cemerlang dlm pelajaran di peringkat tadika dan darjah satu. Apabila ummi berehat dari berkerjaya selama setahun satu ketika dahulu time nap, anak-anak buah lelaki/perempuan mesti berebut-rebut nak tidur bawah ketiak ummi. Bila sedar-sedar je atas katil berkeliling 5 orang berhimpit-himpit kat ummi macam ibu kucing dengan anak-anaknya. Kanak-kanak yg dah kenal ummi memang susah nak berenggang dgn ummi.
Tetapi apabila berlaku peristiwa kekasaran bahasa yg berlaku kepada anakandaku, telah membuktikan yang ilmu yg pernah ummi perolehi itu telah gagal ummi adaptasi dan praktikan. Untuk itu ummi amat berharap dari masa kesemasa ummi perlu lebih sabar dan berhati-hati apabila berkata-kata lebih-lebih lagi terhadap permata hatiku nan satu Muhammad Hariz Ikhwan.
Monday, February 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment