Lakonan patah hati Nordin berkesan
ANTARA lakonannya yang berkesan.
PENGHAYATAN lakonannya sukar ditandingi terutamanya dalam watak kecewa atau patah hati. Ia dapat saksikan dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan RadenMas.
KENANGAN bersama isteri,
Salmah Ibrahim.
Namun yang pasti, setiap kali menyebut namanya, peminat akan terus teringatkan dialognya dalam Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani. Ia berbunyi, "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu."
Itulah Nordin Ahmad yang pernah menimba pengalaman sebagai pelakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris serta digilap bakatnya oleh P Ramlee, B N Rao dan M Amin. Daripada seorang pelakon, lama kelamaan Nordin diberi kepercayaan menjadi pengarah dan terbukti melalui filem seperti Wan Perkasa serta Playboy.
Walaupun namanya tidak segah P Ramlee, namun Nordin antara bintang legenda filem Melayu yang berjaya mengukir sejarah tersendiri. Antara filem lain lakonannya adalah Anakku Sazali, Naga Tasik Chini, Laila Majnun dan Dang Anum.
Dari segi pasangan serasi di layar perak, sudah tentu Seniwati Latifah Omar adalah orangnya. Selain itu, dia juga pernah digandingkan dengan Saadiah, Rosnani dan Siput Sarawak.
Untuk menjayakan lakonannya, Nordin sanggup lakukan apa saja termasuk membuat babak stunts dan pertarungan. Pernah terjadi ketika penggambaran Air Mata Duyong, kakinya bengkak-bengkak dan terpaksa diusung ke rumah tukang urut selepas tergelincir di perairan Selat Melaka.
Namun ketika beliau sedang mula mencipta nama sebagai pengarah, Nordin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Singapura pada Jun 1971 kerana menghidap demam kuning. Allahyarham meninggalkan balu, Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Tuah dan Asnor.
DI sisi Seniwati
Sarimah.
Salmah juga seorang pelakon selain bekas penari dan pemain dram kumpulan Seni Wanita. Sepanjang pembabitan dalam filem Melayu sejak 1951, Salmah pernah membintangi kira-kira 12 filem, antaranya Takdir Illahi, Sedarah, Juwita dan terakhir setakat ini, Layar Lara arahan Shuhaimi Baba.
Dalam satu rencana, Salmah berkata, sebelum Nordin meninggal, arwah suaminya itu sempat menghasilkan dua skrip filem. Bagaimanapun, skrip itu kini tidak dapat dipastikan berada di tangan siapa.
Nordin pernah dilaporkan berkecil hati untuk terus mengarah apabila gajinya diturunkan daripada RM800 kepada RM400 sebulan oleh majikannya ketika itu menyebabkan dia terus meletakkan jawatan.
Kini, biarpun sudah tiga dekad berlalu sejak kematiannya, nama Nordin terus terpahat di ingatan peminat dunia filem Melayu dan lakonannya belum ada tandingan hingga hari ini.
Selain meminati Allahyarham Hani Mohsin bukan sahaja kerana lakonan beliau tetapi lebih kepada personaliti dan keperibadian Allahyarham. Bagi saya Allahyarham sedikit kekok apabila melakonkan watak romantik.Saya juga meminati lakonan Allahyarham Nordin Ahmad, Ed Osmera,Saadiah, Maria Menado, Ahmad Mahmud, Eja, Rosyam, Fahrin, Aisyawaria Rai, Arjun Rampal dan Mendiang James Dean. Anda pula meminati siapa ? Lepas nie saya akan buat sinopsis mengenai filem tempatan dan luar negara yang pernah saya tonton dengan sedikit pandangan dan komen dari kacamata saya. Kalau ada sesiapa yang sudi berkongsi pandangan dan komen, silakan.....
No comments:
Post a Comment