APABILA perceraian berlaku antara suami isteri, peranan mereka sebagai ibu bapa kepada anak sepatutnya diteruskan dan tidak berubah sama sekali.Ini penting bagi mengelakkan si kecil keliru apabila kehidupan yang satu ketika dulu dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan bapanya, kini berubah.
Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Dr Zasmani Shafiee, berkata peranan dan tanggungjawab kompleks yang dimainkan ibu bapa terhadap anak adalah penting bagi membentuk sahsiah diri dan perkembangan mental serta emosinya.
“Tetapi apa yang berlaku hari ini, kebanyakan suami isteri yang bercerai turut membawa anak dalam kancah konflik mereka sehingga timbul masalah lain dan memberikan kesan negatif kepada anak. Hal ini termasuk dalam isu penjagaan anak selepas bercerai.
“Dalam memutuskan hak penjagaan, suami isteri berkenaan sepatutnya membuatkan keputusan berdasarkan kepentingan anak dan bukannya untuk diri mereka,” katanya.
Dr Zasmani berkata, walaupun ibu atau bapa tidak menjaga anak selepas bercerai, hubungan antara anak dan kedua orang tuanya mesti terus terjalin sama ada melalui perjumpaan mahupun telefon. Malah, sekalipun ibu atau bapa itu mencurigai keselamatan anak, hubungan berkenaan tidak boleh diputuskan.
Bagaimanapun, untuk mengatasi perasaan bimbang dan memastikan keselamatan anak, jalinan hubungan antara anak dan ibu atau bapa itu perlulah ada pengawasan. Kecualilah anak itu sendiri yang tidak mahu dan ibu atau bapa tidak boleh memaksanya selagi kanak-kanak itu belum bersedia berbuat demikian.
Katanya, pasangan sudah bercerai juga tidak boleh meracuni fikiran anak seperti memburuk-burukkan perangai ibu atau ayahnya dan menakut-nakutkan anak. Hal ini bukan saja membangkitkan kebencian pada diri anak, tetapi turut menimbulkan konflik dalam diri.
“Tidak bermakna jika lelaki itu tidak boleh menjadi suami yang baik kepada wanita dikahwininya, dia juga tidak boleh menjadi bapa yang baik kepada anaknya dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, jangan cuba menghalang hubungan dan meracuni fikiran anak. Ibu atau bapa itu harus sedar pada suatu peringkat, anak itu sendiri akan tahu menilai baik dan buruknya,” katanya.
Mengenai kesan negatif perceraian terhadap anak mengikut peringkat usia, Dr Zasmani berkata, secara umum bagaimana perceraian itu berlaku lebih memberikan impak sama ada pada anak kecil mahupun remaja.
Perceraian yang penuh dengan konflik, kekecohan, pertengkaran dan kata-kata maki yang menyakit hati pasangan sehingga didengari anak, boleh memberikan kesan emosi teruk pada anak. Justeru, adalah lebih baik ibu dan bapa menjelaskan dengan baik kepada anak mengapa mereka harus berpisah dan tidak boleh lagi duduk serumah.
Dr Zasmani berkata, didikan dan penjagaan yang baik untuk anak selepas bercerai ialah mewujudkan persekitaran stabil serta konsisten. Ini bermakna, lebih baik sama ada ibu atau bapa saja yang diberikan hak penjagaan, manakala satu pihak lagi tidak memutuskan hubungan anak dengan bapa atau ibunya.
“Jika seminggu duduk rumah ibu dan minggu berikutnya beralih ke rumah bapa, tentu anak keliru dan sukar membuat penyesuaian diri. Didikan diterima tentu tidak sama. Berbanding, jika anak tinggal bersama ibu misalnya, anak itu sudah semesti menjadi tanggungjawab ibu sepenuhnya.
“Jika anak ke mana-mana, dia mesti minta izin daripada emak. Malah, jika bapa hendak anak mengikutnya atau melakukan sesuatu, perlulah ibu yang memberi kata putus kerana ibu bertanggungjawab menjaganya,” katanya.
INFO:
* Kajian psikologi menunjukkan, perceraian boleh menimbulkan tekanan dan trauma kepada kanak-kanak untuk memulakan hubungan baru.
* Kajian yang pernah dibuat mendapati, perceraian adalah penyebab tekanan kedua paling tinggi, selepas kematian pasangan hidup.
* Umumnya, suami dan isteri yang bercerai akan lebih bersedia menghadapi perceraian itu jika dibandingkan dengan anak kerana sebelum bercerai, biasanya pasangan terbabit akan berfikir semasak-masaknya dan mempertimbangkan baik buruk jika perceraian itu berlaku.
* Mahu tidak mahu, anak lazimnya mesti menerima keputusan yang sudah dibuat oleh orang tua. Jarang sekali ibu atau bapa ingin mengambil atau menerima pandangan anak, apatah lagi jika mereka masih kecil.
* Perceraian meninggalkan kesan negatif. Anak khususnya, akan menghadapi kejutan kesan perpisahan yang tidak mereka relakan.
* Kesan psikologi amat mendalam terhadap anak yang membesar, sehingga mungkin boleh menjejaskan pelajaran mereka di sekolah.
* Kanak-kanak ini juga sedikit sebanyak terdedah kepada kesan perpisahan antara ibu dengan bapa apabila dewasa nanti, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik.

No comments:
Post a Comment