Monday, April 30, 2007

Sambutan Hari Ibu

Hari Ibu wajarkah org muslim menyambutnya?

Ada sesiapa yg ingin berkongsi pendapat?

Bukan apa saya dan adik beradik perempuan yg lain sedang merancang sambutan 'Hari Ibu' buat ibunda tercinta seperti tahun-tahun lepas. Tapi saya akan cuba merancang satu majlis yg istemewa melebihi tahun-tahun sebelumnya. Apa agaknya acara yg akan saya rancang sempena sambutan tersebut.

Biasanya kami akan menyambutnya dirumah sahaja. Adik beradik sayakan ramai, menghampiri sepasukan bolasepak.Ditambah pula semuanya berada di sekitar Lembah Klang melainkan seorg menantu di Kuantan. Jadi kami lebih seronok menyambutnya dirumah. Bergotong royong memasak, tapi last year akak yg masak seorg. Lepas menjamu selera kita boleh lepak-lepak dan tidur baring. Yang anak-anak buah nak juga beramah mesra dan bergosip dengan sepupu sepapatnya. Esoknya barulah balik rumah masing-masing.Bila tiba bab masak Kak Lang selalu cakap akak (Kak Teh) super woman. Banyak kali acara sambutan harijadi anak-anak buah Kak Teh yg jadi tukang masaknya. So far semua komen-komen yg positif kak Teh terima tentang rasa masakan. Apa dah Kak Teh melalut pulak bab masakan.

Ada sesiapa yg nak berkongsi perancangan sambutan 'Hari Ibu' kali ini. tentang perancangan Kak Teh tunggu.... Biarlah rahsia dulu yek.

Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

(Lagu dendangan : Tan Sri P. Ramlee)
Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...
(Lagu dendangan : Mamat Exist)

Istimewa Insan Kelahiran Mei

Apa istemewanya insan yg dilahirkan pada bulan Mei? Ciri-ciri berikut mungkin ada yg berpadanan dgn anda.

- Keras hati & tegas
- Kuat semangat & bermotivasi tinggi
- Pemikiran yg tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Pandai menarik hati & perhatian org lain
- Perasaan yg amat mendalam
- Cantik dari segi mental & fizikal
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sisitematik (otak kiri)
- Suka berangan-angan
- Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain anpa diberitahu
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yg tinggi
- Pemikiran yg tajam
- Pandai berdebat
- Fizikal yg baik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni, muzik dan melancong
- Tidak begitu suka duduk di rumah
- Tidak boleh duduk diam
- Tidak punya ramai anak
- Rajin & bersemangat tinggi
- Agak boros

** Berdasarkan penyelidikan oleh : Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.

Adakah anda memiliki sifat-sifat diatas?

Istimewanya Insan kelahiran April

April tentu sahaja mengingatkan kita pada satu judul lagu nyanyian Dr. Fazley. April juga menarik perhatian kita pada April Fool yg sering menjadi jenaka kebanyakan org kita pada setiap 1 April. Tetapi apa sebenarnya tingkah laku dan personaliti individu yg dilahirkan pada bulan April? Mungkin senarai ini ada persamaannya dgn anda yg bakal menyambut ulang tahun kelahiran bulan ini.

- Sangat aktif dan dinamik;
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal;
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri;
- Punya daya mental yg sangat kuat;
- Suka diberi perhatian;
- Sangat diplomatik (pandai memujuk);
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org;
- Sangat berani dan tiada perasaan takut;
- Suka perkara yg mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah;
- Emosi cepat terusik;
- Cuba kawal perasaan;
- Kecenderungan bersifat pendendam;
- Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan;
- Kuat daya ingatan;
- Gerak hati yg sangat kuat;
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain;
- Berpenyakit sekitar kepada dan dada;
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

** Sumber kajian berdasarkan penyelidikan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

Wednesday, April 18, 2007

Si Tanggang Moden

Anggap ibu bapa tiada nilai
Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: Adakah nilai kasih sayang ibu bapa dapat dibalas dengan wang ringgit, apatah lagi cuma RM20?


Sebenarnya wang sebanyak itu diberikan ‘Tanggang moden’ kepada pusat jagaan orang tua untuk memelihara ibu bapa mereka walaupun sebahagian besar daripadanya mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Walaupun anak tidak mengenang budi itu berkemampuan, malah ada yang memegang jawatan penting dalam sektor profesional seperti doktor dan akauntan, mereka seolah-olah lupa diri dengan membiarkan pusat kebajikan orang tua mengambil alih tugas terbabit.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat jagaan orang tua mendapati, kebanyakannya diuruskan badan bukan kerajaan (NGO) dan menerima kehadiran warga emas yang dihantar anak masing-masing tanpa mengenakan bayaran mahal, malah ada antaranya memberi perkhidmatan percuma.

Ini berikutan pusat jagaan itu tidak pernah menetapkan nilai tertentu sebagai wang saraan wajib yang perlu dijelaskan, justeru terpulang kepada anak warga emas sama ada mahu membayar mengikut nilai sewajarnya atau sekadar menghulur puluhan ringgit bagi memenuhi syarat.

Seorang pengusaha rumah kebajikan orang tua dan kurang upaya dikenali sebagai Anita, berkata sepanjang menguruskan rumah kebajikan berkenaan lebih lima tahun lalu, dia tidak pernah berkira dalam hal membabitkan bayaran perbelanjaan, malah langsung tidak menetapkan jumlah bagi sesiapa yang mahu menyerahkan ibu bapa mereka.

Sebagai pertubuhan kebajikan yang bertanggungjawab menjaga dan membantu masyarakat, katanya, sudah menjadi kewajipannya menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, terutama kewangan bagi menguruskan warga emas.

“Terpulang kepada mereka yang menghantar ibu bapa ke sini sama ada mahu menyertakan wang perbelanjaan yang cukup atau tidak. Kami tidak pernah meminta.

“Namun, saya tidak nafikan ada antara waris penghuni di sini hanya memberi RM20 sebulan sebagai tanda mereka ada memberi sesuatu selepas meninggalkan ibu bapa di bawah jagaan kami.

“Seperti Mak Cik Maharani (bukan nama sebenar) yang mempunyai empat anak, termasuk tiga daripadanya menetap di luar negara, sudah lima tahun berada di sini, namun anaknya hanya memberi RM50 seolah-olah ibunya langsung tidak bernilai,” katanya ketika ditemui di rumah kebajikannya di Kajang, dekat sini.

Bercerita mengenai kisah Maharani, Anita berkata, wanita berusia 98 tahun itu diserahkan kepada pihaknya atas kemahuan wanita itu kerana dia tidak mahu tinggal bersama anaknya.

Menurutnya, sebelum ini, warga emas berkenaan dipelihara seorang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, namun menghuni di rumah kebajikan kerana tidak sefahaman dengan menantu.

Katanya, Maharani pernah memberitahu tidak mahu dihantar semula ke rumah anaknya kerana selesa berada di pusat berkenaan selain berasa diri seperti tidak disukai menantu berdasarkan layanan dan sikap ditunjukkan.

“Kami pernah menghantar Maharani ke rumah anak perempuannya berikutan tiga anaknya yang lain berada di luar negara, namun dia berkeras tidak mahu dihantar ke sana.

“Mungkin benar apa dikatakan mengenai layanan menantu tak menerima dirinya sepenuh hati,” katanya yang menganggap Maharani seperti ibu sendiri.

Anita berkata, dia turut sedih apabila kebelakangan ini, semakin ramai anak membiarkan ibu bapa mereka menetap di rumah kebajikan dan melepaskan tanggungjawab itu kepada NGO.

Bagaimanapun, katanya, tiada apa dapat dilakukan bagi menyedarkan golongan itu yang boleh dianggap menderhaka.

Malah, sebagai NGO, biar mereka mengalas tanggungjawab berkenaan supaya sisa hidup warga emas itu lebih ceria.

***Dalam dunia serba moden ini, bermacam-macamlah pula perangai manusia. Takanlah menjaga kebajikan ibubapa akan menjadikan seseorg itu jatuh miskin. Teringat imbasan kata-kata nenda terhadap isteri pakcik mengenai kedudukan ibubapa yg telah tua katanya "Ibubapa ibarat Quran buruk, walau bagaimana buruk sekalipun tempatnya tetap diatas para" bukan di bawah, dalamkan maksudnya.Itulah luahan hati seorang nenda terhadap pakcik yg agak berada dan isterinya yang sombong dan bongkak.Nenda saya disia-siakan dan saya cukup respect terhadap ayahanda saya yg juga menantunya kerana dengan pendapatan yang kecil dan anak seramai sepuluh orang sanggup bersusah senang membela dan menjaga ibu mertua seadanya dan semampunya. Ayah tak pernah meninggikan suara jauh sekali bersikap kurang ajar atau membenci nenda kerana ayah anak yatim yang kematian ibu semasa melahirkan beliau. Syukur Alhamdulillah nenda gembira tinggal dengan kami dan meninggal dunia dalam usia 64 tahun dirumah kami setelah berada dua minggu di hospital kerana penyakit paru-paru berair.

Monday, April 16, 2007

Kematian Pengantin Baru Di Sg. petani

Kematian Pengantin secara mengejut di Sg. Petani. Pengantin mati secara mengejut.

Sg Petani: Seorang wanita yang berumur 35 thn ditemui mati didalam bilik tidurnya semalam. Mengikut penduduk setempat, wanita
itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua berumur 70 thn, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin).

Menurut suaminyanya, si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain. Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari.

Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya. 'Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung', kata suami si mangsa itu lagi. Menurut doktor dari Hospital Alor Setar, Dr. Amran, yang melakukan bedah siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau mengatakan bahawa mangsa itu dikhuatiri telah terminum air mani yang telah luput tempohnya.

Sekian,

Nasihat PDRM kepada sume penduduk... kawin cepat2 sebelum expired !

Semua mendepun ada tarikh luput jugak????

Perempuan Oh! Perempuan

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini..

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam.. kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak.. (saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu".

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa.. Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :
"Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.. Insyaallah.

Makanan yang menyah toksin dalam badan

1. Sayuran berdaun hijau, walau apa cara jua ia dimakan, sebagai ulaman, dimasak atau dibuat jus, khasiatnya sebagai makanan yg paling hebat utk menyingkirkan toksin tidak dpt dipertikaikan lagi.

2. Lemon, kaya dengan vitamin C dan membantu menukarkan toksin dalam badan anda kepada air. Jadi jangan pandang remeh air lemonade!

3. Selada air - bubuh segenggam dalam salad, sup, sandwich. Tumbuhan air ini bersifat diuretik yg baik untuk sistem penghadaman. Ia juga kaya dengan garam mineral.

4. Bawang putih, campurkan dalam semua masakan sama ada dalam salad, sos, sandwich. Ia membantu mengaktifkan enzim dalam hati kita yg menapis segala benda bersifat toksik.

5. Teh hijau, ia kaya dgn antioksidan.

6. Brokoli, ia mengandungi enzim yg menghalang kanser 20 hingga 50 kali berbanding sayuran lain.

7. Bijan, melindungi sel-sel hati daripada kesan merosakkan berpunca dari pengambilan alkohol dan bahan kimia yang lain.

8. Kubis, terdapat dua jenis enzim yg boleh menyingkirkan toksin dalam badan dan kubis boleh mengaktifkan kedua jenis enzim.

9. Psyllium tumbuhan yg kaya dengan serat, seperti oat tapi lebih mempunyai pelbagai khasiat. Ia menyerap dan menyingkirkan toksin. Campurkan serbuk psyllium dalam jus untuk membersihkan usus anda.

10. Buah-buahan kaya dengan semua nutrien yg disebutkan di atas. Lagipun, tiada apa yg menandingi keenakan buah yg dimakan segar.

Info Saji.

Sunday, April 15, 2007

Lobak merah kuatkan pemikiran

Jika anda selalu makan lobak merah (mentah) dan juga beberapa buah-buahan lain ia dapat stimulasikan otak dengan pantas. Kandungan gula semula jadi yg terkandung dlm lobak merah dan buah-buahan boleh mempercepatkan tindak balas sistem pemikiran dan ingatan dlm otak.

Oleh itu jika anak-anak anda ingin menghadapi peperiksaan, banyakkan makan buah-buahan sewaktu belajar di rumah. Bagaimanapun anda perlu juga tahu bahawa ada bebarapa makanan yg boleh membantutkan kecerdasan otak. Antaranya ialah keju, daging, tepung gandum, kentang lenyek dan gula. Jika anda banyak makan tepung gandum yg dicampurkan dgn keju dan mentega, seperti roti, ia agak sukar utk dihadamkan. Oleh itu ia memerlukan masa yg panjang dan tenaga yg banyak utk dihadamkan. Darah yg dipam membantu proses penghadaman dan aliran darah kurang dialirkan ke kepala. Jika kita makan kentang lenyek dan daging, anda perlu tahu bahawa proses penghadamannya akan dilakukan dlm dua cara yg berasingan. Ia tidak dilakukan sekaligus dlm sistem penghadaman, dan ia memerlukan tenaga yg banyak.

Sumber : Majalah Saji

Makanan untuk Mencegah Kedut

Adakah diet anda merangkumi sayuran, kekacang, minyak zaitun dan roti (bukan roti putih) Jika ya, anda tidak perlu takut kepada kedut kerana makanan ini adalah anti-kedut kerana ia mengandungi antioksidan yg menentang penuaan juga penyakit. Jaukan daging merah, mentega dan makanan diproses dan bergula kerana ia adalah 'teman rapat' kepada kedut.

Sumber : Mingguan Wanita

Tuesday, April 10, 2007

Juruterbang buta keliling dunia

BUTTERWORTH: Rakyat Britain, Miles Hilton-Barber, 58, berusaha mencatat rekod sebagai juruterbang cacat penglihatan pertama mengeliling separuh dunia dalam masa 55 hari, menggunakan pesawat ringan (microlight), semuanya untuk tujuan amal.


Bapa tiga anak itu mahu melakukan misi berkenaan bagi mengumpul dana berjumlah satu juta pound (RM7 juta) bagi membantu mengubah nasib mereka yang mengalami cacat penglihatan sepertinya.

Beliau memulakan program Cabaran Pesawat Ringan bertemakan We Have Vision: Seeing is Believing, sempena ulang tahun ke-150 Standard Chartered Bank di London pada 1 Mac lalu.

Sepanjang penerbangan 21,120 kilometer, Barber menggunakan kelengkapan teknologi bersuara bagi membantunya dan diiringi Brian Milton atau Richard Meredith-Hardy.

Antara negara yang direntasinya ialah Perancis, Itali, Greek, Cyprus, Jordan, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Pakistan, India, Bangladesh, Burma dan Thailand.

Pesawat ringan GT 450 yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kelmarin, iaitu destinasi ke-16 beliau.

Hari ini, Barber yang sejak kecil bercita-cita untuk memandu jet pejuang, akan meneruskan penerbangan ke Singapura, diikuti Indonesia, sebelum mengakhirinya di Sydney, Australia pada 28 April ini.

Penceramah motivasi itu, semalam, berkongsi pengalaman dengan murid Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Minyak di sini, dengan memberi dorongan supaya yakin terhadap diri sendiri dan tidak melihatnya sebagai kekurangan.

Monday, April 09, 2007

Anggur amat berguna untuk tubuh badan

Sekarang ini buah anggur tidaklah mahal sangat, dan sesekali tu bolehlah kita membelinya.

Tidak rugi kalau kita makan buah anggur kerana ia boleh menurunkan berat badan anda. Anggur kalau dijadikan jus, ia boleh menurunkan berat badan seseorg. Sebelum makan kita minum setengah gelas air jus anggur dan ia dapat menurunkan setengah paun berat badan anda dlm tempoh seminggu. Lebih baik jika kita buat jus sendiri dan jgn dicampurkan dgn gula.

Selain itu anggur juga boleh membantu pernafasan yg baik bagi penghidap lelah. Tidak ramai yg tahu bahawa buah anggur juga dijadikan bahan utk membuat minyak wangi jenama terkenal.

Satu lagi kelebihan anggur ia dpt mengelak barah dan mencantikkan kulit. Buah yg kaya dengan vitamin C dan bersifat antioksidan ini sebaiknya dijadikan buah yg wajib ada dlm peti sejuk paling tidak sebulan sekali.

Sumber : Mingguan Wanita.

Makan daging merah berisiko hidap barah payu dara.

LONDON: Pengambilan daging merah setiap hari walaupun dalam jumlah kecil dapat meningkatkan risiko barah payu dara sebanyak 56 peratus di kalangan wanita berusia, menurut penyelidikan Britain yang diterbitkan semalam.

Kajian mendapati, pengambilan cuma 57 gram daging kerbau, lembu atau babi sehari menunjukkan kesan. Wanita menopaus yang memakan daging diproses seperti sosej dan daging babi salai dalam jumlah lebih besar iaitu kira-kira 103 gram berisiko 64 peratus mendapat penyakit itu.

Laporan Independent menyebut, wanita muda yang masih belum menopaus turut meletakkan diri dalam risiko menghidapi barah payu dara jika memakan daging setiap hari, menurut kajian Universiti Sheffield.

Penyelidikan, diketuai profesor epidemiologi zat dan kesihatan awam, Profesor Janet Cade, membabitkan 35,000 wanita berusia antara 35 dan 69 tahun yang dipantau hampir lapan tahun.

Semuanya sudah melengkapkan soal selidik mengenai 217 bahan makanan dibahagi kepada tiga kumpulan bergantung sama ada mereka memakan daging dalam jumlah tinggi, sederhana atau rendah. Mereka dibandingkan wanita dalam kajian itu yang memakan sayur-sayuran.

Penyelidik turut mengambil kira tabiat merokok, berat badan, pengambilan buah dan sayur, kelas, pendidikan dan penggunaan terapi penggantian hormon.

"Hasil kajian kukuh. Apa saja ubah suai yang dibuat pada data, kaitannya masih ada. Wanita yang makan semua jenis daging, daging merah dan daging proses dalam jumlah tinggi paling berisiko tinggi berbanding wanita tidak memakan daging walaupun daging merah dan daging diproses cuma menunjukkan kesan pada wanita menopaus," Profesor Cade.

Katanya, penyelidik agak terkejut apabila mendapati pengambilan cuma 57 gram daging merah sehari menunjukkan kesan.

"Ia adalah hasil kerja kompleks dan diwujudkan khas untuk membandingkan perbezaan bentuk diet," katanya. � Agensi


Credit untuk Nurdia

Kenapa perlu makan buah-buahan setiap hari?

1)Ia mengandungi air yg banyak.
2)Buah berkesan untuk sel otak dan ia menguatkan ingatan kita.
3)Buah-buahan mengelakkan barah.
4)Kandungan kolestrol pada buah tidak banyak seperti daging.
5)Buah kaya dengan serat.

Oleh itu rajin-rajinlah makan buah-buahan. Jadikan ianya menu harian kita semua.

Sunday, April 08, 2007

Roh jahat menghuni cermin antik

Ulasan Suzan Ahmad

MELIHATKAN pada sedutan filem ini, berderau juga darah penulis. Itu baru sedutan, bagaimana prestasi persembahan filem ini keseluruhannya? Adakah mungkin lebih hebat daripada itu? Semuanya terjawab apabila anda menonton sendiri filem ini di pawagam dan sinipleks berdekatan.

Chermin satu lagi hidangan bergenre seram untuk mengusik minda penonton yang tidak pernah jemu-jemu menantikan produksi segar buatan Malaysia. Barisan pelakonnya bukan calang-calang kerana dibintangi Deanna Yusoff, Fauziah Nawi, Khatijah Tan, Datuk Mustafa Maarof, M Rajoli, Farid Kamil dan bakat baru, Natasha Hudson.

Pengarahnya, Zarina Abdullah, satu nama baru tetapi insan yang cukup kreatif. Pada 2003, Zarina baru saja habis menuntut di sekolah perfileman. Skrip yang pada asalnya dalam bahasa Inggeris itu diterjemah ke bahasa Melayu selepas melalui beberapa fasa draf setahun kemudian.

Bercakap mengenai skrip, Chermin ditulis buat aktres Deanna Yusof yang pertama kali tampil membawa watak hitam di layar perak. Watak Deanna sebagai Lady Thiang dalam filem epik Hollywood, Anna and the King, rupanya mendorong Zarina untuk menyunting Deanna sebagai semangat jahat yang menghuni sebuah cermin antik.

Chermin mengisahkan seorang gadis, Nasrin (Natasha Hudson) yang diganggu satu roh jahat. Awalnya, wajah Nasrin yang jelita itu bertukar menjadi cacat selepas terbabit dalam satu kemalangan kereta penuh misteri. Ini mengakibatkan Nasrin mula berasa rendah diri dan tertekan melihat rupa parasnya itu.

Suatu hari, ibu Nasrin terjumpa sebuah cermin antik milik keluarganya. Entah kenapa, Nasrin pula begitu tertarik dan cukup obses dengan cermin berkenaan seolah-olah ada kuasa luar biasa yang menyeru secara halus.

Rupanya, semangat luar biasa yang merasuk Nasrin adalah roh seorang wanita, Mastura yang menghuni cermin itu. Dalam usaha mengembalikan kecantikan wajah, Nasrin sanggup menghambakan diri untuk memenuhi segala suruhan roh jahat itu yang mahukan korban darah serta pembalasan dendam.

Pada masa yang sama, terbongkar cerita lama di sebalik insiden yang menimpa Mastura sehingga rohnya tidak tenteram. Sanggupkah Nasrin mengorbankan hidupnya demi mendapat satu kemegahan yang bersifat sementara?

INFO: Chermin

PENGARAH: Zarina Abdullah
PELAKON: Natasha Hudson, Deanna Yusof, Khatijah Tan, Farid Kamil
GENRE: Seram, thriller
Tayangan umum mulai 22 Mac 2007

*** Kak Hani tak berkesempatan menonton filem chermin lagi.

Polis yakin Yin masih di Kuala Lumpur

Oleh Nurhayati Abllah dan Mohamed Farid Noh

KUALA LUMPUR: Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin (gambar) yang hilang di kompleks beli-belah Sogo, di sini, sejak 2 April lalu, dipercayai masih berada di sekitar ibu negara.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata polis masih menyiasat dan belum dapat membuat kesimpulan sama ada mangsa diculik atau disembunyikan.

“Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dan mengharap kerjasama orang ramai memberi maklumat,” katanya kepada Berita Harian di majlis Larian Mesra sempena 200 tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam.

Ahmad berkata, polis juga berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan daripada berita kehilangan Yin dengan membuat panggilan atau kenyataan palsu kerana ia boleh mengganggu emosi keluarga mangsa.

“Salurkan maklumat yang betul dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah atau menolong mereka dalam kesusahan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa lain supaya lebih lebih berhati-hati dan tidak mengabaikan anak mereka ketika di pusat beli-belah.

Sementara itu, bapa Yin, Shamsul Ghazali Shamsudin ketika dihubungi, berkata ganjaran wang tunai untuk individu yang menemui anaknya kini meningkat kepada RM10,000.

“Ini berikutan seorang pengarah urusan sebuah syarikat bersetuju memberikan RM6,000 kerana beliau faham perasaan saya berikutan anaknya juga pernah hilang di tempat sama, tetapi ditemui semula,” katanya.

Kelmarin, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, masing-masing menyumbang RM2,000.

Shamsul berkata, usaha mencari anaknya akan diperluaskan termasuk ke lokasi lain sekitar ibu negara seperti Cheras.

Sementara itu, Chong berkata, seorang lelaki menghubunginya dan mendakwa Yin dilihat berada di kawasan Jalan Raja Laut, di sini selepas media menyiarkan nombor telefonnya.

“Yin dikatakan berada di satu kawasan perniagaan terbuka Jalan Raja Laut dan mendakwa, kita hanya perlu bertanya kepada peniaga di situ dan mereka pasti tahu di mana Yin berada.

“Saya ada meminta nama dan butir peribadinya untuk diberikan ganjaran jika terbukti Yin ada di situ, tetapi dia enggan kerana katanya, dia tidak mahukan apa-apa ganjaran,” katanya.

Chong bagaimanapun berkata, pihaknya gagal dapat mengesan pemanggil itu kerana dia menggunakan perkhidmatan talian yang tidak membenarkan nombornya tertera pada telefon penerima.

Bapa sedih terima banyak panggilan palsu

Oleh SAJARUTUL NOR KASIM

Mohd. Nazmi memegang gambar abangnya, Muhammad Nazrin yang hilang seminggu lalu, bersama ibu bapanya, Shamsul Ghazali Shamsudin dan Nor Amizah Ahmad di Kampung Melayu Subang, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA 8 April – Ketika Shamsul Ghazali Shamsuddin, 34, dan isterinya, Nor Amizah Ahmad, 25, semakin buntu dan hilang punca petunjuk dalam mencari anak mereka Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang hilang sejak seminggu lalu, ada pihak yang menambahkan tekanan perasaan pasangan itu.

Ini kerana dalam kesengsaraan jiwa yang sukar dibendung itu, ada pihak yang sengaja menghubungi mereka untuk membuat panggilan palsu kononnya pernah terjumpa anaknya itu.

Menurut Shamsul, sejak berita kehilangan anaknya tersiar dalam akhbar dan televisyen, setiap hari dia menerima beratus-ratus panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada masyarakat yang terlalu prihatin.

“Macam-macam panggilan yang saya terima, ada yang menyatakan anak saya berada di sekitar kawasan di Kuala Lumpur, semua ceruk saya pergi tetapi tidak juga berjumpa.

“Satu daripadanya saya terima panggilan beritahu anak saya berada di Hospital Kuala Lumpur, tetapi apabila saya pergi, dia langsung tiada di situ,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Melayu Subang di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Shamsul, Nor Amizah Ahmad berkata, dia turut menerima panggilan khususnya daripada kaum lelaki tetapi malangnya lain yang diharap lain pula yang dia perolehi.

“Saya sangat menghargai semua panggilan yang diterima, namun yang pedihnya kebanyakan panggilan itu hanyalah untuk menghambur kata-kata keji dan mengutuk saya tidak tahu menjaga anak.

“Saya sudah kering air mata, apa lagi yang boleh saya lakukan?,” katanya dengan nada sebak.

Tambahnya, bagaimanapun masih ada juga insan yang baik hati memberi sokongan padu kepada mereka sekeluarga.

Di pekarangan rumahnya tidak sunyi dengan kehadiran saudara mara serta sahabat handai yang datang memberi semangat dan sokongan.

Shamsul yang kini berehat di rumah setelah seminggu mengerah kudrat berharap dengan tawaran tersebut lebih ramai tampil membantu mencari Nazrin yang hilang di kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 31 Mac lalu.

Dalam kejadian pukul 2 petang Sabtu lalu, Nazrin hilang ketika Shamsul sedang mencuba pakaian di bilik persalinan manakala isterinya mengawasi adik mangsa, Mohd. Nazmi, 4.

****Kenapa ya, ada insan yang sanggup menambah beban diatas kesusahan orang lain. Kalau betul-betul ada maklumat yang sahih, dan berjumpa dengan kanak-kanak tersebut serahkanlah sahaja kanak-kanak itu ke balai polis atau pihak yang bertanggungjawab, supaya mudah berurusan. Sedih kalau yang hilang tu kanak-kanak, sudahlah susah nak berkomunikasi, apalagi tentu kanak-kanak tu menghadapi ketakutan dan trauma yang amat sangat. Kepada sesiapa yang pernah terlihat kanak-kanak ini tlglah tampil memberikan bantuan dan maklumat yang sahih dan sepatutnya. Maaf gambar kanak-kanak hilang tak dpt nak upload, komputer akak bermasalah sikit.

Tuesday, April 03, 2007

Drinking Bottled Water Kept in Car will Cause Breast Cancer

Dear all,

Just wanted to let you know some VERY important information!
This information was given to me by my husband and I know all the
ladies in my life should know and please forward it to all the ladies
in your life.

My husband has a friend whose mother recently got diagnosed with
breast cancer. The doctor told her women should not drink bottled
water that has been left in a car. The doctor said that the heat and
the plastic of the bottle have certain chemicals that can lead to
breast cancer. So please be careful and do not drink that water bottle
that has been left in a car and pass this on to all the women in your
life.

This information is the kind we need to know and be aware and just
might save us!!!!

Credit to Afiza Ahmad

Monday, April 02, 2007

RTM Siar Program Tribute Buat Sudirman

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan program tribute kepada penghibur terkemuka, Allahyarham Sudirman Arshad, sebagai mengenang jasa penyanyi itu kepada negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Noriah Kasnon berkata program itu akan disiarkan dalam slot "Sepanjang Jalan Kenangan...Penghibur Legenda" setiap Rabu pukul 8.45 malam di RTM1 bermula 7 Mac ini, selama empat minggu berturut-turut.

Katanya tribute itu akan mengutarakan empat program terbitan RTM sebelum ini yang melibatkan Allahyarham Sudirman, iaitu program Puspawarna yang diterbitkan pada tahun 1984, program muzikal "Mekar Sejambak Sudirman dan Atai", rancangan konsert bulanan "Istimewa Bersama Sudirman 1987" dan "Istimewa Bersama Sudirman 1988".

"Program itu juga adalah prelude kepada Konsert Dari Suara Hati Sudirman yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pada 1 April ini sempena dengan ulang tahun RTM ke-61," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) Datuk Adilah Shek Omar, Pengarah Penerbitan TV RTM Rokiah Norma Mohamed Ramli dan penulis lirik Habsah Hassan.

Mengenai konsert itu, Noriah berkata sebanyak 10,000 tiket, termasuk 2,000 tiket disediakan di Balai Pengawal RTM akan diberikan percuma kepada mereka yang berminat. Tiket selebihnya akan diedarkan melalui stesen-stesen radio RTM terutama stesen radio Selangor FM.

Antara artis yang akan menjayakan konsert yang skrip pentasnya ditulis oleh Habsah, yang juga sahabat Allahyarham ketika hayatnya, ialah Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Saleem, Ramli Sarip, Rahim Maarof, Zahid dan Faizal AF4.

Bagi memeriahkan konsert tribute kepada Sudirman itu, RTM juga akan menjual cenderamata termasuk video cakera padat Sudirman dengan harga RM10 sekeping di gerai yang akan dibuka pada petang 1 April ini di perkarangan Stadium Melawati.

Allahyarham Sudirman mula dikenali ramai selepas muncul juara Bintang RTM 1976. Beliau adalah seorang penghibur yang terkenal dengan lagu evergreen seperti Merisik Khabar, Balik Kampung, Hujan dan Milik Siapakah Gadis Ini.

Allahyarham banyak mengharumkan nama negara di arena antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia dalam "Salem Music Award Festival" di Royal Albert Hall, London, pada 19 Mac 1989.

Sudirman meninggal dunia pada 22 Feb 1992.

*** Kak Hani hanya sempat menonton 3 daripada 4 program Allahyarham Sudir. Program Minggu ke-3 tak dapat tonton sebab sibuk sangat melayan anak tonton VCD. Sampai akak terlupa. Lagi pulak tak kan nak tinggalkan dia kat bawah nonton sorang-sorang. Tapi menurut kata kekanda-kekanda akak Program Minggu ke-3 tidak seceria Program Minggu Pertama dan Kedua. Program Minggu ke-4 pula, suara Allahyarham agak tersangkut-sangkut dan serak mungkin kurang sihat dan ada satu ketika Allahyarham tidak dapat menyanyikan bait-bait lagu -------- kerana terlalu menghayati dan mungkin terkenang kenangan silam. Tapi akak suka dengar lagu Allahyarham versi dendangan Allahyarham Sudir sendiri daripada didendangkan oleh artis-artis lain. Tak berapa menusuk, kurang penghayatan dan kurang syahdu.

VCD Sudir yang dijual itu adakah yang berkonsepkan klip video beliau atau VCD karaoke dgn klip video model lain? Siapa boleh jawab? Berilah sedikit info kepada akak. Nak juga dijadikan koleksi. VCD dan Buku Biografi selain dijual di perkarangan Stadium Melawati adakah pihak RTM menjualnya dimana-mana? Akak tak berapa gemar nak keluar rumah dan bersesak-sesak tengok konsert tapi ada tak cara lain akak boleh dapatkannya. Tentulah dengan bayaran bukan percumo ajo. Akak kalau dah berjalan sakan mau MC dua tiga hari, tak tahan loteh bonar. Sobab tulah akak jarang keluar pi kenduri kahwin ke makan hangin ke.

Dulu akak pernah juga ikut aktiviti OGKL mendaki Gunung Ledang. Balik ajo dari mondaki akak mandi. Lopeh mandi akakpun titun selama hampir 24 jam. Dah konyang tidur akak bangun makan. Tapi jadual akak jadi bercelaru masa tidor akak makan,masa solat akak tidur, masa mandi rasa tak basah. Lagi satu akak, bangsa pergi melopeh setiap pagi. Abih dah dalam hutan dan atas gunung nak melopeh kat mana, dalam sungai macam kawan-kawan akak. Teman tak sih. Paksalah macam mana tak mau dia terbit. Abihtu dekat seminggu lebih kono sombolit. Sampai gi klinik dan makan macam-macam sebab perut dah tak selesa bonar. Tobat akak.