Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan program tribute kepada penghibur terkemuka, Allahyarham Sudirman Arshad, sebagai mengenang jasa penyanyi itu kepada negara.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Noriah Kasnon berkata program itu akan disiarkan dalam slot "Sepanjang Jalan Kenangan...Penghibur Legenda" setiap Rabu pukul 8.45 malam di RTM1 bermula 7 Mac ini, selama empat minggu berturut-turut.
Katanya tribute itu akan mengutarakan empat program terbitan RTM sebelum ini yang melibatkan Allahyarham Sudirman, iaitu program Puspawarna yang diterbitkan pada tahun 1984, program muzikal "Mekar Sejambak Sudirman dan Atai", rancangan konsert bulanan "Istimewa Bersama Sudirman 1987" dan "Istimewa Bersama Sudirman 1988".
"Program itu juga adalah prelude kepada Konsert Dari Suara Hati Sudirman yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pada 1 April ini sempena dengan ulang tahun RTM ke-61," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri Isnin.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) Datuk Adilah Shek Omar, Pengarah Penerbitan TV RTM Rokiah Norma Mohamed Ramli dan penulis lirik Habsah Hassan.
Mengenai konsert itu, Noriah berkata sebanyak 10,000 tiket, termasuk 2,000 tiket disediakan di Balai Pengawal RTM akan diberikan percuma kepada mereka yang berminat. Tiket selebihnya akan diedarkan melalui stesen-stesen radio RTM terutama stesen radio Selangor FM.
Antara artis yang akan menjayakan konsert yang skrip pentasnya ditulis oleh Habsah, yang juga sahabat Allahyarham ketika hayatnya, ialah Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Saleem, Ramli Sarip, Rahim Maarof, Zahid dan Faizal AF4.
Bagi memeriahkan konsert tribute kepada Sudirman itu, RTM juga akan menjual cenderamata termasuk video cakera padat Sudirman dengan harga RM10 sekeping di gerai yang akan dibuka pada petang 1 April ini di perkarangan Stadium Melawati.
Allahyarham Sudirman mula dikenali ramai selepas muncul juara Bintang RTM 1976. Beliau adalah seorang penghibur yang terkenal dengan lagu evergreen seperti Merisik Khabar, Balik Kampung, Hujan dan Milik Siapakah Gadis Ini.
Allahyarham banyak mengharumkan nama negara di arena antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia dalam "Salem Music Award Festival" di Royal Albert Hall, London, pada 19 Mac 1989.
Sudirman meninggal dunia pada 22 Feb 1992.
*** Kak Hani hanya sempat menonton 3 daripada 4 program Allahyarham Sudir. Program Minggu ke-3 tak dapat tonton sebab sibuk sangat melayan anak tonton VCD. Sampai akak terlupa. Lagi pulak tak kan nak tinggalkan dia kat bawah nonton sorang-sorang. Tapi menurut kata kekanda-kekanda akak Program Minggu ke-3 tidak seceria Program Minggu Pertama dan Kedua. Program Minggu ke-4 pula, suara Allahyarham agak tersangkut-sangkut dan serak mungkin kurang sihat dan ada satu ketika Allahyarham tidak dapat menyanyikan bait-bait lagu -------- kerana terlalu menghayati dan mungkin terkenang kenangan silam. Tapi akak suka dengar lagu Allahyarham versi dendangan Allahyarham Sudir sendiri daripada didendangkan oleh artis-artis lain. Tak berapa menusuk, kurang penghayatan dan kurang syahdu.
VCD Sudir yang dijual itu adakah yang berkonsepkan klip video beliau atau VCD karaoke dgn klip video model lain? Siapa boleh jawab? Berilah sedikit info kepada akak. Nak juga dijadikan koleksi. VCD dan Buku Biografi selain dijual di perkarangan Stadium Melawati adakah pihak RTM menjualnya dimana-mana? Akak tak berapa gemar nak keluar rumah dan bersesak-sesak tengok konsert tapi ada tak cara lain akak boleh dapatkannya. Tentulah dengan bayaran bukan percumo ajo. Akak kalau dah berjalan sakan mau MC dua tiga hari, tak tahan loteh bonar. Sobab tulah akak jarang keluar pi kenduri kahwin ke makan hangin ke.
Dulu akak pernah juga ikut aktiviti OGKL mendaki Gunung Ledang. Balik ajo dari mondaki akak mandi. Lopeh mandi akakpun titun selama hampir 24 jam. Dah konyang tidur akak bangun makan. Tapi jadual akak jadi bercelaru masa tidor akak makan,masa solat akak tidur, masa mandi rasa tak basah. Lagi satu akak, bangsa pergi melopeh setiap pagi. Abih dah dalam hutan dan atas gunung nak melopeh kat mana, dalam sungai macam kawan-kawan akak. Teman tak sih. Paksalah macam mana tak mau dia terbit. Abihtu dekat seminggu lebih kono sombolit. Sampai gi klinik dan makan macam-macam sebab perut dah tak selesa bonar. Tobat akak.
Monday, April 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment