Oleh SAJARUTUL NOR KASIM
Mohd. Nazmi memegang gambar abangnya, Muhammad Nazrin yang hilang seminggu lalu, bersama ibu bapanya, Shamsul Ghazali Shamsudin dan Nor Amizah Ahmad di Kampung Melayu Subang, Subang Jaya, semalam.
SUBANG JAYA 8 April – Ketika Shamsul Ghazali Shamsuddin, 34, dan isterinya, Nor Amizah Ahmad, 25, semakin buntu dan hilang punca petunjuk dalam mencari anak mereka Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang hilang sejak seminggu lalu, ada pihak yang menambahkan tekanan perasaan pasangan itu.
Ini kerana dalam kesengsaraan jiwa yang sukar dibendung itu, ada pihak yang sengaja menghubungi mereka untuk membuat panggilan palsu kononnya pernah terjumpa anaknya itu.
Menurut Shamsul, sejak berita kehilangan anaknya tersiar dalam akhbar dan televisyen, setiap hari dia menerima beratus-ratus panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada masyarakat yang terlalu prihatin.
“Macam-macam panggilan yang saya terima, ada yang menyatakan anak saya berada di sekitar kawasan di Kuala Lumpur, semua ceruk saya pergi tetapi tidak juga berjumpa.
“Satu daripadanya saya terima panggilan beritahu anak saya berada di Hospital Kuala Lumpur, tetapi apabila saya pergi, dia langsung tiada di situ,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Kampung Melayu Subang di sini hari ini.
Sementara itu, isteri Shamsul, Nor Amizah Ahmad berkata, dia turut menerima panggilan khususnya daripada kaum lelaki tetapi malangnya lain yang diharap lain pula yang dia perolehi.
“Saya sangat menghargai semua panggilan yang diterima, namun yang pedihnya kebanyakan panggilan itu hanyalah untuk menghambur kata-kata keji dan mengutuk saya tidak tahu menjaga anak.
“Saya sudah kering air mata, apa lagi yang boleh saya lakukan?,” katanya dengan nada sebak.
Tambahnya, bagaimanapun masih ada juga insan yang baik hati memberi sokongan padu kepada mereka sekeluarga.
Di pekarangan rumahnya tidak sunyi dengan kehadiran saudara mara serta sahabat handai yang datang memberi semangat dan sokongan.
Shamsul yang kini berehat di rumah setelah seminggu mengerah kudrat berharap dengan tawaran tersebut lebih ramai tampil membantu mencari Nazrin yang hilang di kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 31 Mac lalu.
Dalam kejadian pukul 2 petang Sabtu lalu, Nazrin hilang ketika Shamsul sedang mencuba pakaian di bilik persalinan manakala isterinya mengawasi adik mangsa, Mohd. Nazmi, 4.
****Kenapa ya, ada insan yang sanggup menambah beban diatas kesusahan orang lain. Kalau betul-betul ada maklumat yang sahih, dan berjumpa dengan kanak-kanak tersebut serahkanlah sahaja kanak-kanak itu ke balai polis atau pihak yang bertanggungjawab, supaya mudah berurusan. Sedih kalau yang hilang tu kanak-kanak, sudahlah susah nak berkomunikasi, apalagi tentu kanak-kanak tu menghadapi ketakutan dan trauma yang amat sangat. Kepada sesiapa yang pernah terlihat kanak-kanak ini tlglah tampil memberikan bantuan dan maklumat yang sahih dan sepatutnya. Maaf gambar kanak-kanak hilang tak dpt nak upload, komputer akak bermasalah sikit.
Sunday, April 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment