LONDON: Pengambilan daging merah setiap hari walaupun dalam jumlah kecil dapat meningkatkan risiko barah payu dara sebanyak 56 peratus di kalangan wanita berusia, menurut penyelidikan Britain yang diterbitkan semalam.
Kajian mendapati, pengambilan cuma 57 gram daging kerbau, lembu atau babi sehari menunjukkan kesan. Wanita menopaus yang memakan daging diproses seperti sosej dan daging babi salai dalam jumlah lebih besar iaitu kira-kira 103 gram berisiko 64 peratus mendapat penyakit itu.
Laporan Independent menyebut, wanita muda yang masih belum menopaus turut meletakkan diri dalam risiko menghidapi barah payu dara jika memakan daging setiap hari, menurut kajian Universiti Sheffield.
Penyelidikan, diketuai profesor epidemiologi zat dan kesihatan awam, Profesor Janet Cade, membabitkan 35,000 wanita berusia antara 35 dan 69 tahun yang dipantau hampir lapan tahun.
Semuanya sudah melengkapkan soal selidik mengenai 217 bahan makanan dibahagi kepada tiga kumpulan bergantung sama ada mereka memakan daging dalam jumlah tinggi, sederhana atau rendah. Mereka dibandingkan wanita dalam kajian itu yang memakan sayur-sayuran.
Penyelidik turut mengambil kira tabiat merokok, berat badan, pengambilan buah dan sayur, kelas, pendidikan dan penggunaan terapi penggantian hormon.
"Hasil kajian kukuh. Apa saja ubah suai yang dibuat pada data, kaitannya masih ada. Wanita yang makan semua jenis daging, daging merah dan daging proses dalam jumlah tinggi paling berisiko tinggi berbanding wanita tidak memakan daging walaupun daging merah dan daging diproses cuma menunjukkan kesan pada wanita menopaus," Profesor Cade.
Katanya, penyelidik agak terkejut apabila mendapati pengambilan cuma 57 gram daging merah sehari menunjukkan kesan.
"Ia adalah hasil kerja kompleks dan diwujudkan khas untuk membandingkan perbezaan bentuk diet," katanya. � Agensi
Credit untuk Nurdia
Monday, April 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment